Sunday, May 17, 2009

Objektif Penubuhan & Matlamat

0 comments
Objektif Penubuhan Madrasah Tahfiz Al Quran

Madrasah Tahfiz ini ditubuhkan bagi menyahut seruan Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud;

Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi kesemuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap – tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka itu kembali kepadanya, semoga mereka itu dapat menjaga diri”

Dan Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca Al Quran lalu manghafalkannya dan menghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan menharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam jannah (syurga) oleh Allah SWT dan Allah SWT akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka” (Hadith riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Untuk menjadi seorang Hafiz Al Quran bukanlah mudah .
Kalau kita fikir tidak mampu untuk menjadi Hafiz kita boleh sediakan atau bantu orang – orang lain untuk menjadi Hafiz. Insya' Allah.

Matlamat Madrasah Tahfiz Al Quran
  • Generasi penghafaz Al Quran yang mahir berketerampilan dan beramal dengan isi Al Quran yang bergerak.
  • Melahirkan Generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari dalam dunia moden ini yang penuh dalam pelbagai cabaran.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyahut tuntutan dakwah masa kini.
  • Melahirkan generasi yang mendapat pendidikan Islam Tulen dan mampu mewarisi tradisi keilmuan As Sunnah untuk memurnikan Sistem Pengajian Islam Tulen dari racun orientalis barat dan pemalsuan fakta sejarah.
0 comments
Segala sumbangan, infaq, derma boleh di salurkan terus ke madrasah @ ke akaun ustaz
Kalau ada pertanyaan boleh berhubung melalui telefon.


Name : AMIN AL-RASID BIN OMAR
Account Number : 04010603690527 (CIMB)
Phone Number : 013 294 2040
Email : M.T.AQ.A.M@gmail.com

Terima Kasih di atas segala sumbangan yang anda berikan.
Semoga Allah S.W.T jua membalas kebaikan anda.
 

Madrasah Tahfiz Al Quran Ayer Molek Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template